Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap yang menetap di Malaysia bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar. Manfaat PADU – Anda dapat memastikan anda tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak.