Punca Hasil dan Kesesuaian Tanah
Berdasarkan kepada dua keadaan mukabumi daerah ini, maka Sektor Ekonomi daerah ini juga terbahagi kepada dua sektor iaitu;-
Bahagian Pertama
Bahagian ini terdiri daripada seluruh Mukim Tanjung Jering yang mempunyai tanah liat yang berpaya yang sesuai ditanam untuk tanaman padi sahaja. Manakala di bahagian yang tidak berpaya sesuai untuk tanaman jangka masa pendek seperti sayuran. Pihak kerajaan telah mengadakan sistem pengairan Kemubu dan Kemasin bagi meningkatkan pendapatan petani. Dengan demikan petani dikawasan ini dapat menanam padi dua kali setahun.
Bahagian Kedua
Bahagian ini meliputi 2/3 dari kawasan daerah Tanjung Pauh iaitu dikawasan Mukim Kubor Besar, Mukim Beris Tengah, Mukim Keluat dan Mukin Pengkalan Baru. Tanah disini sesuai untuk tanaman Tembakau. Terdapat dua syarikat pengeringan tembakau iaitu syarikat Sri Pura – Pak Pura dan Setia Aman – Kampung Keluat.